Motif bunga batik jawa kini mengalami satu revolusi apabila menampilkan corak geometri yang kelihatan lebih moden dan sesuai dengan kehendak semasa.
Demikian kata pemenang kategori Terbaik Keseluruhan dalam Pameran Inspirasi Tahun Akhir (Pita), Norjannah Mohter.
Pameran tersebut anjuran Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR) Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Kuala Terengganu.
Kata Norjannah yang merupakan penuntut tahun akhir Jabatan Tekstil, dia memilih batik jawa dengan menggunakan motif nitrik kerana berpendapat batik jawa bukan sekadar boleh dihiasi dengan bunga sahaja.
“Perubahan tanpa menghilangkan tema asal batik jawa perlu dilakukan untuk memenuhi kehendak pasaran semasa tambahan pula warna nusantara amat disukai pelancong," katanya yang amat meminati batik.
Menurutnya, batik jawa bukan sahaja dijadikan kain sarung untuk dipakai golongan wanita tetapi boleh dijadikan cadar, alas meja dan perhiasan.
Sementara itu, Syarifah Nurul Ilanie Syed Mohd Roselan yang memenangi kategori terbaik dari segi gabungan elemen dan tenunan, memilih kain batik berkonsepkan Cina menggunakan corak haiwan dan menampilkan warna merah serta hitam yang mempunyai maksud yang tersendiri.
Dia yang juga penuntut tahun akhir dari jabatan sama berkata tekstil nusantara perlu dimodenkan agar dapat mengubah tanggapan klasik dan menarik golongan muda meminati batik tenunan.
Seramai 38 penuntut termauk dari Jabatan Grafik universiti itu mengambil bahagian.
No comments:
Post a Comment