Pertandingan anjuran Berita Harian dengan kerjasama T-Best Events Sdn Bhd (T-Best) akan menobatkan juara, yang bakal membawa pulang wang tunai RM35,000, kedua RM15,000 dan ketiga RM10,000.
Pengurus Projek Khas Berita Harian, Mohamad Mizal Hasbullah berkata, hadiah tahun ini terus meningkat sejak kali pertama ia dianjurkan pada 2007 yang diadakan di Teluk Warisan, Pulau Duyong. “Tahun 2007 kami menawarkan hadiah keseluruhan RM60,000 dan paling tinggi pernah dibuat ketika acara pertandingan memancing acara pantai itu berlangsung.“Tahun ini jumlah itu kita tambah menjadikan RM65,500 bagi menarik lebih ramai peserta untuk menyertainya. Kita berharap semua penduduk tempatan ataupun luar dari Terengganu turun padang mengambil bahagian bagi merebut hadiah yang ditawarkan, sekali gus memecahkan rekod penyertaan tertinggi mengatasi empat tahun sebelum ini,” katanya.
Mohammad Mizal berkata, penganjur turut mengekalkan pelbagai acara menarik berkonsepkan kekeluargaan bagi mengisi slot acara yang berlangsung pada hari berkenaan.
“Acara wajib seperti Kuiz Kenali Berita Harian, Teka Silang Kata dan Cari Sepuluh Perkataan Tersembunyi Peraduan Bina Suku Kata daripada keratan kepala akhbar Berita Harian Roda Info Berita Harian.
“Selain itu, Pertunjukan Seni Kraf Belon, Origami serta Cabaran Foosball dan pencarian bakat baru Rentak Juara B*Pop turut diadakan dengan menjanjikan hadiah kepada pengunjung yang menyertainya,” katanya.
Dalam pada itu, hadiah tempat keempat hingga ke-10 akan membawa pulang wang tunai RM 500, tempat ke-11 hingga 20 (RM300), tempat ke-21 hingga 30 (RM200), tempat ke-31 hingga 40 (RM100) dan tempat ke-41 hingga 60 (RM50). Semua hadiah disertai hadiah iringan.
Yuran penyertaan RM80 untuk satu joran dan borang rasmi akan dikeluarkan dalam akhbar Berita Harian dan Harian Metro pada minggu depan. Penganjur menyediakan dua motosikal Modenas untuk cabutan bertuah dan 2,000 helai T-shirt untuk pendaftaran terawal.
Penganjuran Pertandingan Memancing Pantai sempena Monsoon Cup 2010 adalah kerjasama Berita Harian dan T-Best, sempena perlawanan akhir Kejohanan Kapal Layar Piala Monsoon Cup 2010 di Pulau Duyong, Kuala Terengganu pada 30 November hingga 5 Disember depan.
Acara ini turut mendapat kerjasama dari Kementerian Belia dan Sukan dan Kerajaan Terengganu.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Unit Joran Berita Harian di talian 03-22822323 sambungan 4240,4241, Pejabat Berita Harian Terengganu 09-62263366 atau umbai 013-3310166.
No comments:
Post a Comment