Saturday, November 27, 2010

PM Lancar Kelab Remaja Bermotosikal Terengganu 18 Dis

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual melancarkan Kelab Remaja Bermotosikal Terengganu di Stadium Tertutup Gong Badak dekat sini pada 18 Disember depan.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata 32,000 orang belia dari seluruh Terengganu akan menghadiri majlis itu.

Pada majlis itu, remaja yang mempunyai lesen memandu akan didaftar sebagai ahli kelab berkenaan, yang ditaja oleh kerajaan negeri bertujuan menjauhkan remaja daripada gejala merempit.

Ahmad berkata kerajaan negeri telah merangka beberapa program untuk ahli kelab itu termasuk konvoi bermotosikal dari daerah ke daerah tahun depan selain majlis ceramah.

"Masalah mat rempit di Terengganu sejak kebelakangan ini amat membimbangkan dan kerajaan negeri sedang berusaha untuk mengatasi masalah itu," katanya di Kuala Terengganu, kelmarin.

No comments:

Post a Comment