Wednesday, November 24, 2010

SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN SPM, STPM

Seramai 23,190 calon menduduki peperiksaan SPM di Terengganu di 191 pusat peperiksaan bermula semalam.

Pengarah Pelajaran negeri, Razali Daud berkata jumlah itu, seramai 21,763 merupakan calon Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), 565 calon Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) manakala SMK Agama Negeri (66) dan calon persendirian (796).

Menurut beliau, bagi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pula yang turut bermula hari ini, ia melibatkan seramai 3,302 calon.

Katanya, daripada jumlah tersebut, 2,959 merupakan calon SMK, 172 calon di bawah Pusat Pendidikan Yayasan Terengganu dan 171 calon persendirian.

Beliau mengingatkan semua calon supaya membawa kad pengenalan atau kad perakuan serta Slip Kemasukan Calon semasa menduduki peperiksaan bagi mengelak sebarang masalah.

''Bagaimanapun pemantauan yang dilakukan oleh pengawas peperiksaan di semua pusat peperiksaan mendapati semua berjalan lancar tanpa kejadian yang tidak diingini,'' katanya.

Beliau menambah, calon-calon yang mempunyai masalah dan ingin mendapat maklumat lanjut berhubung peperiksaan boleh menghubungi Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran negeri.

Peperiksaan SPM akan berakhir 20 Disember sementara STPM pula pada 16 Disember depan.

No comments:

Post a Comment