Friday, November 12, 2010

UPSR - Hulu Terengganu Paling Cemerlang

Pasangan kembar, Nur Salihah Mohd. Tahar (kiri) bersama Muhammad Salihin Mohd. Tahar menunjukkan slip keputusan peperiksaan selepas memperolehi 5A di Sekolah Kebangsaan Tok Randok, Ajil, Hulu Terengganu, semalam.

Hulu Terengganu buat kali pertamanya muncul sebagai daerah yang mencatatkan keputusan terbaik di negeri ini dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) itu, Shafruddin Ali Hussin berharap pencapaian membanggakan ini menjadi suatu permulaan ke arah pencapaian lebih cemerlang dalam semua peperiksaan utama.

Dalam keputusan yang diumumkan hari ini, ia mencatatkan Pencapaian Gred Purata 2.11(2009: 2.17), mengatasi pencapaian negeri yang berada pada tahap 2.25.

Daerah itu juga berada di tangga teratas dalam kelulusan minimum C sebanyak 71.03 peratus (2009: 71 peratus) mengatasi negeri iaitu 66.8 peratus.

"Pencapaian lulus penuh A (5A) pula, daerah ini berada di tempat kedua dengan pencapaian 15.6 peratus (2009: 13.8 peratus) calonnya mendapat 5A mengatasi pencapaian negeri iaitu 15.4 peratus.

"Ini merupakan kejayaan julung kali berlaku dalam sejarah UPSR di di negeri ini apabila Hulu Terengganu, daerah pedalaman berada di tempat pertama di negeri ini," katanya di sini, hari ini.

Katanya, lebih membanggakan beberapa sekolah seperti Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Randok berada dalam senarai lima terbaik negeri dalam pencapaian lulus penuh A, sebanyak 46.15 peratus (18 orang) calonnya mendapat 5A

"SK Bukit Tadok pula berada di tangga kedua daripada segi Gred Purata Sekolah (GPS) dengan pencapaian 1.18, manakala empat sekolah mendapat 100 peratus minimum C iaitu SK Dusun, SK kemat, SK Bukit Tadok dan SK Teris.

"Ini membuktikan sekolah dan daerah pendalaman boleh cemerlang. Kejayaan ini ditujukan kepada guru yang komited, patuh dan bersemangat untuk membuktikan Hulu Terengganu boleh muncul sebagai daerah terbaik," katanya.

No comments:

Post a Comment