Mior Kamarul dan Aminar Rashid bersama dua pemenang GP Joran 2010 di Balai Berita, semalam. Juara kategori laut, pantai raih habuan lumayan GP Joran 2010 di Kuala Dungun
Dua kenderaan pelbagai guna (MPV) PERODUA Alza akhirnya dibawa pulang ke rumah pemiliknya yang menjuarai Pertandingan Memancing Grand Slam GP Joran 2010 di Kuala Dungun, Terengganu pada 9 dan 10 Oktober lalu.
Kereta bernilai RM70,000 itu diserahkan kepada Halim Mustapha, Juara Grand Slam Kategori Laut dan Wan Mohd Arif Wan Ahmad, Juara Grand Slam Kategori Pantai di Balai Berita di Kuala Lumpur, semalam.
Hadiah berkenaan disampaikan oleh Pengarah Urusan Perodua, Aminar Rashid Salleh sambil disaksikan Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd, Datuk Mior Kamarul Shahid.
Turut hadir Pengarang Eksekutif Rencana Berita Harian, Zainor Said dan Pengurus Kanan Jabatan Promosi dan Periklanan Perodua, Sulasi Mahadi.
Halim yang ditemui berkata, beliau merasakan dirinya cukup bertuah pada tahun ini kerana memperoleh hadiah yang tidak disangkakan sepanjang pembabitannya dalam aktiviti memancing.
“MPV Alza ini adalah rezeki untuk keluarga besar saya dan ia juga akan digunakan sebagai kenderaan rasmi untuk memancing.
“Terima kasih kepada keluarga yang memberi sokongan sepanjang pembabitan dalam aktiviti memancing yang sebelum ini tidak menjanjikan habuan banyak.
“Bagaimanapun hari ini, keadaan berbeza kerana kami dihadiahkan kereta baru,” katanya.
Juruteknik PETRONAS dari Kerteh itu berkata, beliau berterima kasih kepada Unit Joran kerana tidak pernah jemu menganjurkan pertandingan memancing seperti ini sejak 14 lalu di seluruh negara.
“Saya menjadikan acara memancing anjuran Unit Joran sebagai acara tahunan sejak 12 tahun lalu dan apa yang saya peroleh hari ini (semalam) adalah penat lelah selama ini,” katanya.
Sementara itu, Wan Mohd Arif dari Kuantan, Pahang yang ditemui berkata, hadiah MPV PERODUA Alza ini adalah bukti kesungguhan beliau berkecimpung dalam hobi memancing yang sudah sebati dalam hidupnya.
Pengusaha peralatan memancing itu berkata, hadiah MPV ini membuktikan kepada kawan bahawa aktiviti memancing dapat menjana keuntungan pada masa depan.

No comments:
Post a Comment