Thursday, December 9, 2010

Jumlah Pelancong Ke Pulau Redang Meningkat 47.3 Peratus


Jumlah kedatangan pelancong ke Pulau Redang, dekat sini dalam tempoh Januari hingga Ogos lepas meningkat sebanyak 47.3 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Seramai 110,840 pelancong dicatat ke pulau peranginan itu dalam tempoh Januari hingga Ogos lepas berbanding 75,238 orang pada tahun lepas, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri Datuk Rahin Mohd Said.

Bercakap kepada Bernama di Kuala Terengganu, semalam beliau berkata selain Pulau Redang, turut mencatat peningkatan jumlah pelancong ialah Pulau Perhentian di Besut dengan kehadiran 81,596 pelancong dalam tempoh yang sama berbanding 76,424 orang pada tahun lepas.

Rahin berkata kerajaan negeri akan mengadakan promosi lebih giat tahun depan untuk menarik lebih ramai pelancong ke pulau-pulau peranginan di negeri ini.

Beliau bekata pada masa ini semua aktiviti pelancongan ke pulau-pulau di Terengganu dihentikan sejak bulan lepas berikutan ombak besar musim tengkujuh.

No comments:

Post a Comment