Friday, December 24, 2010

PMR 2010 - Prestasi Terengganu Sangat Memberangsangkan

Terengganu menunjukkan peningkatan prestasi sangat memberangsangkan dalam konteks pencapaian A dalam semua mata pelajaran (semua A), Minimum D (lulus semua mata pelajaran) dan nilai Gred Purata Negeri (GPN) bagi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah 2010.

Ini menunjukkan secara keseluruhannya, keputusan peperiksaan PMR 2010, Terengganu menunjukkan peningkatan dalam semua aspek iaitu pencapaian Semua A, Minimum D dan Gred Purata Negeri berbanding dengan tahun 2009.

Nilai Gred Purata Negeri (GPN) kali ini meningkat kepada 2.58, berbanding 2.60 pada tahun 2009.

Ini bermakna, pencapaian ini mengatasi Gred Purata Nasional sebanyak 2.74.

Jika dilihat perbandingan Gred Purata mata pelajaran peringkat negeri dengan Nasional (GPMP) bagi 11 mata pelajaran, ia mengatasi GPMP peringkat Nasional.

Daripada 129 buah sekolah, sebanyak 25 buah sekolah (19.4 %) mencapai nilai GPS kurang daripada 1.80.

***Semakin kecil nilai Gred Purata menunjukkan
semakin baik pencapaian

Pencapaian A dalam semua mata pelajaran yang diambil telah meningkat sebanyak 0.69 % daripada 7.12 % tahun 2009 kepada 7.81% pada tahun 2010.

Sementara pencapaian Minimum D telah meningkat sebanyak 3.85 % daripada 63.38 % pada tahun 2009 kepada 67.23 % pada tahun 2010.

Kenyataan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) menyebut, secara keseluruhannya keputusan PMR Negeri Terengganu tahun 2010 menunjukkan peningkatan prestasi sangat memuaskan.

Sementara itu nilai Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) bagi 8 mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Mathematics,Science, KHB Pertanian, KHB Perdagangan & Keusahawanan dan Bahasa Arab menunjukkan pencapaian memuaskan.

Peperiksaan bertulis PMR tahun ini dijalankan pada 05 hingga 12 Oktober 2010, melibatkan 23,630 orang calon di 185 pusat peperiksaan dan dikendalikan oleh 1,768 petugas di seluruh Negeri Terengganu.

JPNT menyatakan penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Terengganu atas sumbangan, kerjasama dan komitmen yang tinggi kepada JPNT yang membolehkan prestasi PMR pada tahun ini telah menunjukkan peningkatan dari segi kualiti dan juga kuantiti.

1 comment:

  1. Statistik antara negeri mana nak dapat aa?

    saya teringin tengok bandingan negeri mana paling bagus, negerimana paling down

    ReplyDelete