Thursday, December 23, 2010

Ramalan Hujan Sekejap-Sekejap Di Pantai Timur Hingga 30 Dis

Hujan sekejap-kejap kadangkala sederhana dan lebat dijangka berlaku di beberapa daerah di pantai Timur Semenanjung mulai Ahad hingga 30 Disember depan, menurut Jabatan Meteorologi semalam.

Menurutnya, keadaan tersebut boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah dan berdekatan tebing sungai.

Di Terengganu, dijangka melibatkan daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman sementara di Kelantan, ia mambabitkan daerah Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang dan Kuala Krai.

Daerah di Pahang ialah Kuantan, Maran, Temerloh, Pekan dan Rompin, manakala di Johor hanya melibatkan daerah Mersing.

Jabatan itu juga meramalkan angin kencang Timur Laut selaju 40 hingga 60kmsj dengan ombak setinggi 4.5 meter di perairan Condore dan Reef North hingga 31 Dis.

Ia berbahaya kepada aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

No comments:

Post a Comment