Salleh Musa membawa beras dan bekalan harian yang diterima pada majlis penyerahan bantuan nelayan musim tengkujuh di Seberang Takir, baru-baru ini.
"Sudah seminggu saya tidak ke laut. Makan dan pakai apa yang ada sahaja sebab pendapatan tidak banyak," luah seorang nelayan, Salleh Musa, 64, dari Kampung Telaga Daing, Seberang Takir dekat Kuala Terengganu.
Bapa kepada 18 orang anak itu merupakan antara 299 nelayan yang menerima bantuan kerajaan negeri yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman berikutan musim tengkujuh sekarang.
Majlis penyerahan sumbangan dan bantuan kepada nelayan itu berlangsung di Dewan Orang Ramai Pantai Teluk Ketapang dekat sini baru-baru ini.
Pada majlis tersebut, Ahmad Razif yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir turut menyerahkan sebuah dewan yang dibina syarikat Inai Kiara Sdn. Bhd. (Inai Kiara) kepada penduduk untuk kegunaan bersama.
Menurut Salleh, bantuan itu tepat pada waktunya kerana kebanyakan nelayan tidak mempunyai pendapatan pada musim tengkujuh berikutan tidak dapat ke laut kerana ombak besar.
Tambahan pula katanya, sesi persekolahan baru akan dibuka dan keperluan anak-anak bersekolah perlu disediakan.
"Biasanya kalau ke laut sekali pun hanya dapat RM50 hingga RM100 sahaja sekali pergi. Bayangkan sudah seminggu tidak ke laut. Memang tiada duit untuk sediakan kelengkapan anak-anak sekolah. Cuma harapkan bantuan anak-anak yang bekerja sahaja.
"Jadi, bantuan ini memang amat diperlukan walaupun ia tidak seberapa pada sesetengah orang, namun ia dapat meringankan beban kami. Terima kasih kepada kerajaan negeri yang tidak henti-henti membantu kami," kata warga emas itu yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Telaga Daing di sini.
Dalam pada itu Ahmad Razif berkata, bantuan berkenaan untuk keperluan nelayan menyediakan kelengkapan persekolahan untuk anak- anak mereka.
Jelasnya, dalam masa yang sama ia merupakan agenda kerajaan negeri dalam meningkatkan mutu pendidikan di negeri itu.
"Bila ibu bapa dapat menyediakan keperluan persekolahan yang lengkap untuk anak-anak, pasti minda dan jiwa pelajar-pelajar akan lebih bersedia untuk ke sekolah sekali gus dapat membantu mereka belajar dengan lebih baik serta mencapai keputusan yang cemerlang.
"Bantuan ini perlu dianggap sebagai proses jangka panjang kerajaan negeri untuk mempertingkatkan mutu pendidikan di negeri ini," jelasnya.
Utusan Malaysia

No comments:
Post a Comment