Sunday, January 23, 2011

Ahmad Said Ketuai Rombongan UMNO Terengganu Mulakan Gerak Kerja Di Labis

Ahmad Said berkempen kepada seorang pemandu di tengah Pekan Labis.

Teganukita (Sabtu, 2011 Januari 22)

Rombongan Umno Terengganu memulakan gerak kerja membantu kempen pilihanraya DUN Tenang, Labis dengan menyertai perarakan calon ke Dewan Majlis Daerah Labis pagi ini (Sabtu) 22 Januari 2011, diketuai Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said.

Ketua-ketua Umno Bahagian, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri serta rombongan dari seluruh Bahagian-bahagian dalam negeri Terengganu menyertai sama.

Perarakan yang bermula seawal jam 8.00 pagi dengan ketibaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin bermula dari Bangunan MCA Bahagian Labis yang terletak tidak jauh dari pejabat Majlis Daerah disertai oleh ribuan penyokong kedua-dua belah pihak calon BN dan calon Pas.

Kira-kira jam 11.00 tempoh pencalonan tamat dan pagi pihak SPR memberitahu sebanyak dua pencalonan di terima iaitu dari BN dan Pas. Jam 11.30 pagi selepas masa bantahan, pihak SPR mengisytiharkan kedua-dua calon berkenaan BN, Mohd Azahar Ibrahim, 39 tahun dan Pas, Normala Sudirman,38 layak bertanding.

Pas memilih calon wanita pada kali ini walaupun sebelumnya menyifatkan suara wanita adalah haram dan tidak dibenarkan lelaki mendengarnya; namun sebaliknya kini Normala berceramah sana sini dengan suara merdunya itu dihayati lelaki penyokong Pas dan pembangkang khususnya.

Rombongan Wanita UMNO Terengganu yang turut berada di kawasan perarakan calon.

Ramai tertanya-tanya tentang fatwa Pas yang berubah-ubah itu, termasuk bekas-bekas penyokong Pas sendiri.

Cuaca di Labis agak panas dan penyokong BN dan Pas diasingkan secara berjauhan bagi mengelak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

Ahmad Said bersama-sama dengan kepimpinan BN/Umno Pusat diketuai Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin beredar dari kawasan penamaan calon-calon selepas pengisyiharan calon dibuat oleh Pengurus Pilihanraya.

Ahmad Said sempat beramah mesra dengan penyokong Umno dari seluruh negara, termasuk mengambil kesempatan untuk bergambar dengan beliau.

Beliau sempat berseloroh: “bergambar tidak mengapa, jangan digambarkan sudahlah” .
Ketika mengulas tentang kempen, beliau menyatakan akan menerangkan tentang apa itu Pas yang sebenar, pengalaman Terengganu kepada jentera dan penyokong BN/Umno pada sebelah malam ini (22 Januari) di Felda Cempelak Barat.

Ketua Pergerakan Pemuda Kuala Terengganu, Badrul Hisham yakin BN akan menang mudah, tetapi mestilah gerakan kerja dijalankan dengan berkesan untuk menambah majoriti kemenangan.

No comments:

Post a Comment