Angin kencang dan laut bergelora yang kini melanda perairan Kelantan dan Terengganu dijangka berterusan sehingga Rabu ini.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, angin kencang timur laut selaju 50-60 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian 4.5 meter itu turut melanda Samui, Reef North, Layang-layang, perairan Condore serta Palawan.
"Keadaan itu berbahaya kepada semua aktiviti pantai, perkapalan, penangkapan ikan termasuk pekerja pelantar minyak," menurut kenyataan jabatan itu semalam.
Angin kencang timur/timur laut selaju 40-50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter yang kini melanda perairan Pahang, timur Johor, Sarawak (Mukah, Bintulu dan Miri), Labuan, Tioman, Sabah (pantai barat, pedalaman, Kudat dan Sandakan), Bunguran, Reef South dan Sulu juga dijangka berterusan sehingga Rabu.
Keadaan itu juga berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut. -
No comments:
Post a Comment