Monday, January 10, 2011

Kanak-kanak mangsa asid jalani pembedahan plastik

Kanak-kanak mangsa simbah asid, Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan, selamat menjalani pembedahan plastik di bahagian mukanya di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu, semalam.

Ibunya, Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 29, berkata Nurul Dahyatul Fazlinda, 9, masih tidak sedarkan diri setelah menjalani pembedahan lebih enam jam bermula 12 tengah hari tadi.

"Setakat ini saya masih belum dimaklumkan oleh doktor mengenai status pembedahan itu, sama ada doktor sempat bedah bahagian dadanya yang turut mempunyai parut kekal," katanya ketika ditemui pemberita di hospital itu, di
Kuala Terengganu.

Che Ku Zaimah berharap anaknya itu kembali pulih seperti sedia kala selepas menjalani pembedahan tersebut.

Sebelum ini, pelajar itu mempunyai parut kekal pada wajahnya dan bahagian dada setelah disimbah asid dalam satu pertengkaran keluarga yang turut mencederakan ibunya, adiknya, Muhammad Irfan Firdaus, 3 dan neneknya, Minah Omar, 56.

Pengarah Jabatan Kesihatan Terengganu, Dr Nordiyanah Hassan, sebelum ini berkata pembedahan ke atas Nurul Dahyatul Fazlinda di hospital itu akan
diketuai oleh Pakar Perunding Pembedahan Plastik, Dr Najiha Syarida Zakaria.

No comments:

Post a Comment