Beberapa Jabatan Imigresen Negeri akan ditutup sementara bermula 3 Feb ini kerana perayaan Tahun Baru Cina.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Alias Ahmad pada Rabu berkata Jabatan Imigresen Negeri yang akan menutup operasi kaunternya dari 3 Feb hingga 6 Feb ialah Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.
Jabatan Imigresen Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu pula akan ditutup dari 3 Feb hingga 5 Feb, katanya dalam satu kenyataan.
Sebarang pertanyaan boleh disalurkan ke Bilik Gerakan Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya di talian 03-88801555 atau 03-88801556.
No comments:
Post a Comment