Anggota JPJ Terengganu membuat pemeriksaan dengan mengunakan alat Auto Light untuk mengukur tahap ketelusan cahaya semasa operasi pemeriksaan cermin gelap di Kuala Terengganu, kelmarin.
Pemilik kenderaan yang memasang cermin gelap di Terengganu bakal berdepan tindakan saman dan kompaun apabila Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melancarkan operasi berterusan bagi mengesan mereka yang terlibat.
Pengarah JPJ Terengganu Abdul Rahman Emang Anyie berkata operasi itu dilancarkan berikutan semakin ramai pemilik kenderaan di negeri ini dikesan menggunakan cermin gelap melebihi had yang ditetapkan.
"Penggunaan cermin gelap dilihat semakin berleluasa di negeri ini dan kita akan mengadakan pemantauan dari masa ke semasa bagi mendidik pengguna jalan raya untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan," katanya di Kuala Terengganu, semalam.
Menurutnya sebanyak 294 notis kesalahan cermin gelap telah dikeluarkan pada satu operasi yang dijalankan oleh JPJ di Jalan Sultan Mohamad yang bermula pukul 8.30 malam tadi dan berakhir dua jam setengah selepas itu.
Beliau berkata pemilik kenderaan terbabit diminta menghantar kenderaan masing-masing untuk pemeriksaan di mana-mana pejabat JPJ dalam masa 10 hari dan jika mereka gagal mematuhi arahan notis tersebut, kompaun sebanyak RM200 akan dikenakan.
Katanya, menurut peraturan, cermin kenderaan pada bahagian sisi perlu melebihi 50 peratus dan 70 peratus kecerahan pada bahagian depan dan belakang kenderaan.
Dalam operasi itu juga sebanyak 25 saman telah dikeluarkan kerana pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen memandu, lesen tamat tempoh, tiada cukai jalan dan ubahsuai kenderaan.

No comments:
Post a Comment