Ahmad Said melancarkan pasukan TSG secara rasmi pada satu majlis di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, semalam.- Gambar Zulkifli Putra.
Kerajaan Terengganu akan memberi ganjaran lumayan kepada pelumba-pelumba basikal negeri itu yang berjaya dalam Le Tour de Langkawi (LTdL) minggu depan.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata wang tunai RM5,000 akan diberikan untuk setiap sirkit yang dimenangi pelumba dari negeri itu.
TSG yang pertama kali menyertai LTdL
Ahmad Said berkata ganjaran itu merupakan suntikan semangat dan perangsang kepada pelumba-pelumba untuk mengharumkan bukan sahaja nama negeri tetapi juga negara di kejohanan berprestij itu.
Beliau berkata kerajaan negeri tidak memberi tekanan terhadap pelumba-pelumba dalam kejohanan LTdL memandangkan pasukan-pasukan yang akan menyertai kejohanan itu semuanya hebat.
"Kalau kita dapat tangga 10 terbaik pun sudah memadai daripada t
Pelumba-pelumba TSG telah menjalani latihan di Chiang Rai dan Chiang Mai di Thailand.
Anuar pula berkata beliau akan cuba mempertahankan gelaran Raja Pecut yang dimenanginya di LTdL tahun lepas.
No comments:
Post a Comment