Wednesday, January 19, 2011

Mayat Nelayan Hilang Di Pantai Kelulut Dijumpai

Mayat seorang nelayan yang dilaporkan hilang di Pantai Kelulut, Marang dalam kejadian bot karam 5.30 pagi Ahad lalu, ditemui pagi semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Marang Romaina Harun berkata mayat Abdullah Salleh, 51, dijumpai terdampar di tepi pantai berhampiran Sekolah Kebangsaan Cendering oleh orang awam kira-kira 7.30 pagi.

Beliau berkata jenazah mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat.

Dalam insiden itu, bot yang dinaiki mangsa dan dua nelayan lain dipercayai bocor sebelum karam dua batu nautika dari Pantai Pandak, Cendering.

Mereka yang terselamat dalam kejadian itu ialah adik mangsa Yusof, 49, dan Md Ali Musa, 61.

Kedua-duanya ditemui dalam keadaan lemah di tepi Pantai Rusila pada 1 tengah hari Ahad lalu selepas berpaut pada sebiji tong fiber hampir lapan jam.

No comments:

Post a Comment