Sunday, January 2, 2011

Penduduk Perlu Rebut Peluang Burung Walit

Taraf hidup penduduk kampung kini makin baik berikutan kenaikan harga komoditi seperti kelapa sawit dan getah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Datuk Rosol Wahid berkata, masyarakat perlu merebut peluang yang ada seperti menceburi perusahaan sarang burung walit kerana pendapatan diperoleh begitu lumayan.

Beliau berkata demikian pada Program Hari Keluarga Peringkat Kampung Gunung diadakan selama dua hari di padang Sekolah Kebangsaan (SK) Menerong,

Sementara itu, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung(JKKK) Gunung, Abdul Hadi bin Jambol berkata, pelaksanaan program berbentuk hari keluarga platform terbaik dalam memastikan perpaduan dalam penduduk kukuh selain memberi peluang kepada golongan belia untuk menyesuaikan diri dalam kelompok masyarakat.

“Program hari keluarga sebenarnya hari untuk setiap ahli keluarga menyertainya. Kita mengharapkan masyarakat memberi komitmen dan sokongan dalam setiap program dianjurkan selepas ini.

“Serentak dengan program ini, jawatankuasa penganjur dan JKKK Gunung turut memberi sumbangan kepada pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam beberapa peperiksaan awam. Sumbangan ini sebagai tanda penghargaan serta sokongan serta suntikan semangat kepada para pelajar yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Hari Keluarga Peringkat Kampung Gunung diadakan selama dua hari di padang Sekolah Kebangsaan (SK) Menerong, Hulu Terengganu.

Program disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Datuk Rosol Wahid.

No comments:

Post a Comment