Piala Monsun yang memasuki edisi ketujuh, tahun ini, bakal menjadi acara antarabangsa tetap dalam kalendar sukan tempatan apabila kejohanan kapal layar terunggul Jelajah Match Racing Dunia (WMRT) itu akan melanjutkan kontrak penganjuran selama empat tahun akan datang.
“Kami kini berada dalam perbincangan dengan WMRT dan jelajah berkenaan tiada masalah melanjutkan kontrak. Tetapi kami yakin dengan apa dipersembahkan dan penerimaan pelayar luar terhadap Piala Monsun,” kata Pengerusi Piala Monsun, Tan Sri Sabbaruddin Chik pada sesi temuramah khas di pejabatnya di Bukit Damansara, semalam.
“Kontrak penganjuran untuk tempoh setiap empat tahun akan berakhir pada 2011, tetapi kami yakin tidak berdepan masalah daripada WMRT untuk melanjutkan ia pada 2012.
Sabbaruddin mendedahkan terdapat negara yang berminat untuk menganjurkan acara WMRT, antaranya China dan Vietnam tetapi menerima jaminan daripada badan induk itu bahawa Malaysia, khasnya Kuala Terengganu akan kekal sebagai acara perdana dalam jelajah itu.
“Kami diberi jaminan Piala Monsun akan kekal sebagai penganjur acara penamat. Terdapat perkhabaran bahawa China dan Vietnam berminat untuk menganjurkan acara.
“China menarik diri daripada berbuat demikian tahun lalu tetapi melahirkan hasrat untuk menganjurkannya tahun ini manakala Vietnam menarik diri sama sekali,” katanya.
Bekas Menteri Pelancongan itu turut mendedahkan Piala Monsun pada tahun ini bakal dilangsungkan pada November dan bukan Disember berikutan tidak mahu bertembung dengan satu lagi acara bertaraf antarabangsa tanah air, Pameran Antarabangsa Udara dan Maritim Malaysia (LIMA).
“LIMA dianjurkan pada setiap dua tahun, LIMA juga agak penting lagi pun ia dianjurkan sebelum kita.
“Pada setiap dua tahun, Piala Monsun akan bertembung dengan LIMA, kedua-dua adalah acara bertaraf antarabangsa, tidak semestinya kedua-duanya diadakan serentak.
“WMRT juga tidak memiliki masalah dengan tarikh itu dengan berkata berkata bahawa sebarang acara lain perlu dianjurkan sebelum berlangsungnya Piala Monsun,” katanya.
No comments:
Post a Comment