Saturday, January 22, 2011

PPKKM Yakin Pengawal Keselamatan Terima Gaji Baru Hujung Bulan

Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) yakin pengawal keselamatan di negara ini akan menerima gaji baru hujung bulan ini, walaupun rundingan kontrak dengan majikan belum dimuktamadkan.

Presidennya, Datuk Shaheen Mirza Habib berkata ini berikutan persetujuan kebanyakan pelanggan, sama ada dari pihak kerajaan atau swasta, dengan permintaan PPKKM supaya nilai kontrak bagi membekalkan pengawal keselamatan dinaikkan.

"Persatuan sudah terima saranan kerajaan untuk menaikkan gaji pengawal keselamatan bermula Januari tahun ini. Jadi, ia akan dilaksanakan. Bagaimanapun, untuk melaksanakannya di seluruh negara akan mengambil masa...ia dijalankan secara berperingkat-peringkat," katanya di Kuala Lumpur.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan untuk menguatkuasakan gaji minimum pengawal keselamatan kepada RM500 hingga RM700 sebulan pada Jan 2011, mengikut kawasan, berbanding RM300 hingga RM400 pada masa ini.

Di bawah skim gaji baru, pengawal keselamatan akan menerima gaji bulanan sebanyak RM1,200 termasuk upah kerja lebih masa.

Shaheen berkata ketika ini, gaji pengawal keselamatan mengikut kawasan adalah RM700 bagi zon A (Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Pulau Pinang dan Johor Selatan), zon B (Terengganu, Perak, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor Utara) sebanyak RM600, zon C (Labuan, Sabah dan Sarawak) RM550, manakala zon D (Kedah, Kelantan dan Perlis) ialah RM500.

2 comments:

  1. kenapakah masih tiada tindakabalas dari Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM), apabila sudah mendapat arahan daripada pihak kerajaan apabila dikerah untuk mengeluarkan arahan kepada pihak syarikat keselamatan untuk menaikkan kadar gaji baru bagi PENGAWAL KESELAMATAN..kerana ada notis dari syarikat kami menyatakan hanya menunggu arahan dari kerajaan,,tetapi pihak kerajaan sudah pon mengeluarkan arahan supaya syarikat menaikan tangga gaji bagi semua pengawal2 mengikut zon2 yang ditetapkan..jadi kami sudah pon membuat beberapa panggilan talifon kepada beberapa pihak yang tertentu mengenai kes ini ..ternyata Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) lah yang bertanggung jawap diatas kelewatan pembayaran kenaikan GAJI BAGI SEMUA KAKITANGAN PENGAWAL KESELAMATAN DISELURUH MALAYSIA..Diharap PIHAK TERTENTU TOLONG BUAT PANTAUAN TERHADAP KES INI..

    ReplyDelete
  2. Kami akan membuat komen dan panjangkan.

    ReplyDelete