SapuraCrest Petroleum Bhd mengumumkan hari ini anak syarikat milik penuhnya, Sapura Energy Ventures Sdn Bhd, memeterai kontrak untuk mengendali dan membangunkan bersama lapangan minyak dan gas Berantai.
Syarikat itu memeterai kontrak perkhidmatan risiko dengan Petroleum Nasional Bhd, Kencana Energy Sdn Bhd dan Petrofac Energy Developments Sdn Bhd untuk mengendali dan membangunkan bersama lapangan minyak dan gas Berantai.
Perjanjian operasi bersama juga dimeterai antara pihak-pihak yang mengendalikan operasi.
Di bawah perjanjian itu, pihak-pihak yang mengendalikan operasi akan menyediakan pelantar telaga dengan 18 telaga, bersama saluran paip berkaitan menghubungkannya kepada pelantar lain sedia ada serta menyediakan pengeluaran apungan, penyimpanan dan kapal punggahan (FPSO).
Pelantar telaga kedua akan dipasang pada fasa seterusnya.
Kontrak tersebut adalah bagi tempoh sembilan tahun, bermula pada 31 Jan, 2011, dengan gas pertama daripada projek tersebut dijangkakan pada akhir 2011 dengan fasa pembangunan pertama 18 telaga akan disiapkan sebelum akhir 2012, kata syarikat itu dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Isnin.
Terletak kira-kira 150-km di luar pantai Terengganu, kos pembangunan termasuk fasa seterusnya yang akan ditanggung oleh pihak-pihak yang mengendalikan operasi, dianggarkan kira-kira US$800 juta tidak termasuk FPSO.
SapuraCrest menjangka usaha sama itu akan memberi kesan positif kepada aset bersih dan pendapatan sesahamnya bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Jan, 2012 dan seterusnya.
No comments:
Post a Comment