Pasukan lumba basikal profesional Terengganu, Terengganu Pro-Asia Cycling (TCT) dijadual menyertai sekurang-kurangnya 12 kejohanan peringkat benua tahun ini.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif TCT, Ibni Amin Busu berkata antara kejohanan itu adalah di Korea, Jepun, Thailand, Indonesia, Iran dan Le Tour de Langkawi (LTdL).
"Ini kejohanan yang kita kenal pasti dan mungkin kita akan menyertai lebih banyak daripada itu," katanya semalam.
Ibni Amin berkata, LTdL 2011 yang akan diadakan pada 23 Januari hingga 1 Februari ini, merupakan kejohanan pertama yang akan disertai TCT tahun ini.
TCT ditubuhkan atas idea Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said sebagai usaha menaikkan nama baru selain mencungkil bakat-bakat anak Terengganu dalam sukan itu.
Pasukan TCT mengandungi 12 pelumba termasuk tiga pelumba import daripada Jepun dan Thailand.
No comments:
Post a Comment