Tengku Seri Laksamana Raja (kanan) menyerahkan sumbangan bantuan makanan kepada mangsa banjir di Kampung Beris Tok Ku, Setiu, semalam.
Seramai 162 mangsa banjir di dua buah kampung di Setiu semalam menerima sumbangan yang disampaikan oleh Ahli Majlis Perwakilan Pemangku Raja Terengganu, Tengku Seri Laksamana Raja, Tengku Sulaiman Sultan Ismail.
Penyampaian sumbangan kepada 34 keluarga dari Kampung Nyatuh dan Kampung Permaisuri itu diadakan di Balai Raya Kampung Beris Tok Ku.
Sumbangan barangan tersebut disalurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyakat (JKM) setelah mangsa-mangsa tersebut terpaksa tinggal di pusat pemindahan selama dua hari akibat banjir.
Pegawai Daerah, Mohd. Nor Ibrahim memberitahu, mereka adalah sebahagian daripada 615 mangsa banjir di daerah ini yang akan menerima bantuan secara berperingkat- peringkat.
Hadir sama pada majlis tersebut adalah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Langkap, Ashaari Idris dan ADUN Permasuri Abdul Halim Jusoh serta ketua-ketua jabatan.

No comments:
Post a Comment