Gambar ini dirakamkan kelmarin di salah sebuah sekolah di Besut yang terpaksa ditutup akibat air naik, bagaimanapun keadaan kembali pulih semalam.
Keadaan banjir di daerah Marang dan Hulu Terengganu pulih sepenuhnya dan semua pusat pemindahan di Hulu Terengganu ditutup pada pukul 3 petang semalam manakala di Marang ditutup sejam selepas itu.
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri berkata keadaan banjir di Besut, Kemaman dan Setiu tidak berubah dengan 121 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat pemindahan di Besut, 102 orang di Setiu, 24 di Kemaman dan tujuh orang di Dungun.
Keadaan banjir di Terengganu semakin pulih dengan jumlah mangsa yang berada di pusat pemindahan berkurangan kepada 388 petang ini berbanding 580 pagi tadi.
Di Hulu Terengganu hanya terdapat 47 mangsa berada di pusat pemindahan.
Jurucakap itu berkata, jalan utama Terengganu untuk ke Kuantan dan Kota Baharu masih tidak terjejas dan dibuka kepada semua kenderaan.
Katanya, jumlah pusat pemindahan banjir yang masih beroperasi hanya 18 selepas empat pusat ditutup hari ini dan menurutnya lebih ramai mangsa dijangka pulang ke rumah hari ini memandangkan hujan lebat yang berlarutan sejak Khamis lalu, sudah berhenti.
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri pula melaporkan paras air di kebanyakan sungai utama sedang menunjukkan penurunan, kecuali di dua sungai yang berada pada paras bahaya iaitu Sungai Nerus di Kampung Bukit pada paras 13.13 meter (bahaya 12.00 meter) dan Sungai Setiu di Jambatan Permaisuri
No comments:
Post a Comment