Sunday, January 2, 2011

Terengganu Dapat Bye Ke Suku Akhir Piala FA

Juara bertahan Negeri Sembilan mempunyai peluang cerah untuk mempertahankan gelaran juara Piala FA musim ini apabila menerima undian mudah pada saingan Piala Malaysia tahun ini yang bermula pada 19 Feb.

Pasukan 'Hoben Jang Hoben' yang muncul juara menewaskan Kedah pada pusingan lepas, mendapat 'bye' dan kini mendapat laluan mudah ke suku akhir Piala Malaysia sama ada menentang pasukan Pos Malaysia ataupun Kuala Lumpur.

Turut mendapat 'bye' dalam perlawanan ini ialah naib juara, Kedah dan diikuti dua pasukan lagi yang kalah separuh akhir iaitu Selangor dan Terengganu pada perlawanan itu nanti.

Pada majlis rasmi undian Piala Malaysia 2011 di Dewan Perdana, Bukit Jalil dekat sini, Negeri Sembilan diletakkan dalam Kumpulan A bersama pasukan kelab Pos Malaysia, Kuala Lumpur, Johor MP Muar, Selangor PKNS, Pahang, Sabah, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Perak, Melaka, KL Sime Darby FC, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Sarawak, Pulau Pinang USM FC dan Terengganu.

Sebanyak 29 pasukan akan mengambil bahagian dengan 15 dalam pasukan A dan 14 dalam pasukan B dengan perlawanan dijalankan secara liga dua pusingan.

Undian secara terbuka ini memperlihatkan pusingan pertama, kedua dan perlawanan akhir dijalankan secara kalah mati satu pusingan manakala peringkat suku akhir dan separuh akhir pula kalah mati dua pusingan.

Undian terdiri daripada 14 pasukan negeri, 13 pasukan kelab dan baki dua pasukan dari PDRM dan ATM.

Sementara itu naib juara, Kedah pula berdepan laluan sukar untuk mengulangi ke final selepas diletakkan dalam pasukan B.

Namun begitu, Kedah akan bertemu sama ada Perlis ataupun Felda United FC sebelum betul-betul menghadapi cabaran sukar yang diletakkan bersama kumpulan dengan Kelantan, Terengganu T-Team, Kuala Lumpur Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Johor FC, Johor, Pulau Pinang, Harimau Muda A, Pulau Pinang SDM Navy, Harimau Muda B, Johor Melodi Jaya dan Selangor.

Kemuncak perlawanan akhir Piala FA akan berlangsung pada 11 Jun.

No comments:

Post a Comment