Sunday, January 16, 2011

Ummi Hafilda - Nyamuk Yang Akan Hancurkan Anwar

Kalau tak mahu berdebat, saya cabar (Anwar) masuk masjid dan buat sumpah laknat. Saya cabar Azmin, Shamsidar (Shamsidar Taharin, isteri Azmin) dan Wan Azizah sekali. Kenapa nak takut sangat bersumpah kalau rasa tidak bersalah. Pada saya mereka ini munafik dan perosak bumi yang wajib ditentang habis-habisan,"

"Itu hanya soal nyamuk", kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kampung Geliga, Kemaman semalam yang menganggap cabaran Ummi Hafilda Ali untuk berdebat dengannya berhubung kebenaran kes salah laku seks beliau.

Bagaimanapun, menurut Ummi Hafilda pula, nyamuk yang akan hancurkan Anwar.

"Jangan terlalu angkuh. Belajarlah daripada sejarah pada zaman Nabi Ibrahim. Raja Namrud yang angkuh mati hanya kerana gigitan seekor nyamuk. Jadi, jangan pandang remeh soal nyamuk kerana ia boleh menghancurkan." Demikian tegas Ummi Hafilda Ali berhubung kenyataan Anwar.

Ummi Hafilda dalam reaksi segeranya itu berkata, tidak mustahil 'seekor nyamuk ini' boleh menyebabkan karier politik Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu musnah.

Malah tegasnya, beliau sudah bersedia untuk berhadapan dengan Anwar untuk berdebat mahupun di muka pengadilan.

Justeru beliau menganggap kenyataan Anwar itu sebagai satu tindakan pengecut bagi mereka yang gerun untuk berhadapan dengan kebenaran.

Ummi Hafilda yang merupakan adik kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali, pernah menjadi saksi penting kes liwat Anwar pada 1998.

Anwar berkata pada majlis Himpunan Kebangkitan Rakyat Pas Ganti UMNO di Kampung Geliga, Kemaman, beliau menyerahkan kepada Presiden Pas untuk menjawab isu berkenaan.

Abdul Hadi sebelum itu ketika ditanya berhubung kenyataan Ummi Hafilda yang mahu memfailkan saman berjumlah RM700 juta terhadap Anwar, Azmin, Presiden PKR, Dr. Wan Azizah Wan Ismail, peguam Karpal Singh dan parti Pas kerana salah laku mereka terhadapnya pada 1997, berkata: "Itu nyamuk saja yang dilepaskan, jadi biarlah nyamuk yang jawab".

Daripada jumlah RM700 juta itu, Ummi Hafilda berkata, saman terhadap Anwar berjumlah RM300 juta dibuat atas dakwaan salah guna kuasa selaku Timbalan Perdana Menteri pada 1997 yang mengarahkan dia ditangkap dan didera bagi mendapatkan pengakuan palsu berhubung skandal seks.

Ummi Hafilda berkata, saman berjumlah RM200 juta terhadap Karpal, RM100 juta terhadap Wan Azizah dan RM100 juta lagi terhadap Pas.

Menurut Ummi Hafilda : "Nampak sangat dia gerun dengan saya. Nampak sangat dia tak berani. Kalau dia tak nak berdebat pun tak apa. Cuma, saya nak tengok sejauh mana dia menghadapi perkara ini sebab saya tidak cakap kosong. Saya ada bukti di tangan. Saya akan kemukakan kepada mahkamah dan dia sendiri akan terkejut dengan bukti-bukti."

Khamis lalu, Ummi Hafilda mencabar Anwar untuk berdebat dengannya terlebih dahulu berhubung kebenaran kes salah laku seks beliau sebelum mencabar pihak lain.

Malah beliau yang pernah menjadi saksi penting kes liwat Anwar pada 1998 turut mencabar Anwar dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali melakukan sumpah laknat bagi membuktikan mereka tidak terbabit dalam segala kes salah laku seks yang didedahkannya ketika itu.

Ummi Hafilda menganggap sindiran Anwar adalah tidak berasas dan menganggap Ketua Pembangkang itu sebagai 'raja putar alam nombor satu' dunia.

"Kalau tak mahu berdebat, saya cabar (Anwar) masuk masjid dan buat sumpah laknat. Saya cabar Azmin, Shamsidar (Shamsidar Taharin, isteri Azmin) dan Wan Azizah sekali. Kenapa nak takut sangat bersumpah kalau rasa tidak bersalah. Pada saya mereka ini munafik dan perosak bumi yang wajib ditentang habis-habisan," katanya.

Beliau turut bersumpah bahawa beliau tidak pernah menerima bayaran atau upah daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad atau kerajaan ekoran pendedahan tentang salah laku Anwar ketika itu.

Rakaman sumpah yang dibuatnya pada sidang akhbar Khamis lalu turut dimuat turun dalam blognya, http://www.srikandi7.blogspot.com.

"Sumpah bukan perkara suka-suka. Saya buat kerana saya yakin saya benar. Kalau nak kata saya nyamuk, dia nyamuk aedes yang hanya tahu gigit orang itu, gigit orang ini dan merosakkan ummah. Kerana lakonan dan kemunafikannya, orang Pas pun tak boleh buka minda, buka mata," katanya.

No comments:

Post a Comment