Sunday, January 16, 2011

PAS Anggap UMNO Hanyut Dan Perlu Diganti

Presiden PAS Dato' Seri Abdul Hadi Awang berkata Umno kini sedang hanyut dan perlu digantikan oleh PAS dalam pilihantraya umum ke-13 yang akan datang.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Perhimpunan Kebangkita Rakya; PAS Ganti Umno yang sedang berlangsung di Dataran Tok Guru, Geliga, di Kemaman.

Beribu-ribu rakyat Terengganu dilaporkani sedang berkumpul di Dataran Tok Guru bersama-sama mendengar ucapan dari para pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat; PAS Ganti Umno.

Sebelum ini Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) PAS Chukai, Hanafiah Mat berkata, PAS berkeyakinan tinggi mampu menawan kembali Terengganu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berdasarkan ‘mood’ rakyat yang kini marahkan kerajaan, rentetan kenaikan harga petrol sekali gus menyebabkan beberapa barangan keperluan harian turut melambung tinggi ketika ini.

Ia rentetan kenaikan harga petrol, beberapa barangan keperluan termasuk bawang naik mendadak sehingga rakyat semakin susah dan menderita.

Katanya, kenaikan harga barang yang bertembung dengan musim pembukaan sesi persekolahan baru menyebabkan rakyat semakin terbeban disebabkan di sesetengah sekolah, yuran persekolahan turut naik.

“Bebanan yang terpaksa ditanggung rakyat pada awal tahun ini cukup hebat dengan bahang kenaikan harga barang. Malah, rakyat juga semakin tidak yakin dengan sistem pengurusan Kerajaan Negeri yang berkecamuk.

“Paling teruk, pertukaran pegawai kanan Kerajaan Negeri pada tahun lalu. Pertukaran dan kenaikan pangkat pegawai kanan ini sehingga ada yang melangkau beberapa gred turut mencetuskan rasa tidak puas hati,” katanya memantau kerja persiapan program Himpunan Kebangkitan Rakyat bertemakan Pas Ganti UMNO di Dataran Tok Guru, Rabu, 12 Jan lalu.

Mengulas lanjut, Hanafiah berkata, berdasarkan beberapa faktor berkenaan, Pas yakin mampu meraih sokongan daripada golongan pegawai, rakyat kelas sederhana (yang terbeban dengan fenomena barang naik) dan pengundi atas pagar.

Katanya, rakyat juga sudah muak dengan isu perbalahan antara pemimpin UMNO negeri yang tidak berkesudahan sehingga sekarang.

“Justeru, Pas bersama Pakatan Rakyat (PR) memberi jaminan dalam tempoh 100 hari selepas diberi mandat oleh rakyat, kami akan menyelesaikan segala masalah mereka.

“Dalam 100 hari mendapat mandat rakyat kami akan merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat,” katanya.

No comments:

Post a Comment