Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) telah membantu 53,000 individu dengan hutang sejumlah RM5 bilion sejak 2006.
Pengurus besar AKPK (Operasi) Azman Hasim berkata individu-individu tersebut adalah mereka yang memohon bantuan AKPK untuk menyelesaikan masalah kewangan mereka.
"Terdapat trend meningkat dalam jumlah orang yang mendapatkan bantuan pada 2008 dan 2009 berikutan krisis kewangan, tetapi dari tahun lepas hingga tahun ini, bilangan itu telah stabil," katanya kepada sidang media tentang program bergerak POWER! agensi itu di sini.
Beliau berkata seramai 140,000 orang telah menghadiri kelas dan seminar yang dianjurkan oleh AKPK sehingga tahun lepas, dan 53,000 daripada mereka telah dirujukkan kepada program pengurusan hutang kerana mempunyai masalah hutang yang serius.
Azman berkata POWER! adalah satu program untuk menyediakan individu muda dan peminjam baharu dengan pengetahuan kewangan praktikal dan kemahiran membuat keputusan untuk membuat keputusan kewangan yang bijak.
Program yang disasarkan kepada mereka di bawah 30 tahun itu dijadualkan diadakan di tujuh lokasi iaitu Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka, Johor Baharu, Kota Kinabalu, Kuching dan Kuala Terengganu.
No comments:
Post a Comment