Pemilihan laluan bagi perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) akan ditentukan berdasarkan konsep pembidaan oleh negeri-negeri mulai tahun depan dan bukan lagi ditentukan oleh Kementerian Belia dan Sukan.
Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata konsep pembidaan telah lama diamalkan di luar negara dan ia adalah sebagai langkah menyemarakkan sokong peminat sukan berbasikal di negara ini.
"Konsep membida supaya negeri mereka dijadikan laluan mungkin satu perkara baru di sini, tetapi ia merupakan satu perkara biasa dalam perlumbaan di luar negara seperti Tour de France.
"Sekarang ini, Scotland membida agar perlumbaan Tour de France melalui negara mereka dan ramai negara juga berbuat perkara yang sama," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina di Kampung Tengah, Kerteh, di Kemaman semalam.
Ahmad Shabery berkata pemilihan laluan untuk LTdL edisi ke-17 tahun depan akan bergantung kepada bidaan dan tawaran yang dibuat oleh negeri.
Katanya Terengganu merupakan negeri terawal menawarkan diri untuk menjadi laluan perlumbaan itu dengan berjanji akan memberikan sumbangan istimewa.
Justeru itu, Ahmad Shabery berkata pihaknya sedang menimbangkan untuk menjadikan Terengganu sebagai sebagai laluan peringkat terakhir dan bukan lagi Kuala Lumpur seperti lazimnya.
Pada LTdL 2011 edisi ke-16, yang berakhir di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, Selasa lalu, melibatkan 10 peringkat perlumbaan dengan jarak kayuhan sejauh 1,315.4 kilometer serta menawarkan hadiah wang tunai RM1 juta.
Kementerian Belia dan Sukan membelanjakan RM17 juta untuk menjayakan edisi tahun ini melibatkan peringkat laluan perlumbaan meliputi negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Kuala Lumpur.

No comments:
Post a Comment