Oleh Suriati Ali (UKOM)
Sembilan jenis persembahan tradisional yang dipamerkan penuntut Akademi Seni Terengganu (Aseni) cukup mengagumkan dan memukau ratusan penonton yang hadir sempena Resital Pelajar Tahun Akhir sesi Febuari 2009.
Gamelan; muzik berjudul anak udang, semalam di Kuala Terengganu; teater realiti; tarian Rain Forest dan muzik berjudul jangan ditanya.
Manakala empat lagi tarian anak tedung; teater monolog; tarian song of the bird dan wayang di persembahkan oleh 17 pelajar akademi itu diadakan Di Dewan Auditorium 1, Komplek Sukan Negeri, Gong Badak, Kuala Terengganu, malam kelmarin (2 Februari).
Persembahan hampir empat jam itu turut ditonton Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Datuk Wan Ahmad Wan Muda dan Pengarah Aseni, Tengku Mohd Arifin Tengku A. Rahman.
Tengku Mohd Arifin berkata, resital atau persembahan muzik seumpama ini perlu dilaksanakan setiap pelajar yang mengambil sijil seni muzik sebagai syarat bergraduat sebelum menempuh alam pekerjaan sebenar.
Katanya, selama dua tahun menimba ilmu dalam bidang ini, pelbagai jenis tarian dan adat budaya Melayu dipelajari mereka termasuk berkaitan memulihara dan menyuburkan budaya warisan Terengganu.
“Saya yakin selepas ini, mereka mampu bergelar pengamal dan pengiat seni budaya profesional setanding mereka yang sudah berjaya.
“Program yang dapat menyemarakkan aktiviti dan industri kesenian Terengganu ini akan diteruskan pada tahun depan,” katanya.
Menurutnya, pendekatan ini penting kerana bukan saja dapat menjadi rujukan kepada penyelidik dan pencinta seni malah memberi peluang kepada individu kurang berbakat mempelajarinya.
No comments:
Post a Comment