Friday, February 11, 2011

Bot Terbakar - Seorang Melecur, Lima Selamat

Seorang nelayan warga Thailand melecur separuh badan apabila bot yang dinaikinya terbakar pada kedudukan 112 batu nautika (207.2 kilometer) dari Kuala Terengganu berhampiran Pelantar Minyak Tapis D kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 petang itu, mangsa dan lima lagi rakannya yang hanyut dan terapung berjaya diselamatkan oleh Kapal Pembekal Bayu Tiram milik Exxonmobil yang melalui perairan tersebut.

Ketika ditemui pukul 11.45 malam kelmarin, mangsa yang melecur 50 peratus dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) menggunakan sebuah helikopter milik Exxonmobil yang terletak di Kemaman.

Ketua Penguat Kuasa Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Daerah 9, Kepten Maritim Adam Aziz berkata, sebaik sahaja dimaklumkan mengenai kejadian itu, 25 anggota Maritim Malaysia bergegas ke lokasi kejadian untuk memadamkan kebakaran bot tersebut.

Gerakan itu diketuai Leftenan Komander Maritim Mohd. Khairulanuar Abdul Majid.

"Anggota Maritim Malaysia memadamkan kebakaran dan menunda bot nelayan itu ke lokasi selamat. Selain itu, kita turut membawa enam anak kapal bot itu dari Kapal Bayu Tiram ke Jeti LKIM Chendering untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa pihaknya telah mengarahkan pegawainya ke hospital untuk mendapatkan maklumat lanjut keadaan mangsa yang melecur itu

No comments:

Post a Comment