Seorang wanita mendakwa, kandungannya yang berusia tiga bulan gugur setelah dia dipukul dan ditendang oleh suaminya dalam pergaduhan yang berlaku di rumah mereka di Kampung Padang Luar dekat Kuala Terengganu Sabtu lalu.
Berikutan kejadian itu, mangsa yang berusia lingkungan 20-an bukan sahaja mengalami kecederaan malah terpaksa menanggung kesedihan akibat kehilangan bayi yang dikandungnya.
Dalam kejadian pukul 10 malam, wanita itu mendakwa dia bergaduh dengan suaminya yang berusia 23 tahun.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, mangsa mendakwa dalam pergaduhan itu, dia ditampar dan perutnya ditendang oleh suaminya yang merupakan seorang nelayan.
Katanya, selepas kejadian itu, suaminya keluar dari rumah untuk menangkap ikan di laut.
"Semasa ketiadaan suaminya, mangsa mengalami kesakitan dan membuat pemeriksaan kesihatan kelmarin. Doktor mengesahkan kandungannya yang berusia tiga bulan telah meninggal dunia.
"Wanita berkenaan kemudian dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan lanjut," katanya di Kuala Terengganu, semalam.
No comments:
Post a Comment