Friday, February 11, 2011

Dewan Perniagaan Sokong Penuh Penubuhan Teraju

Dewan Perdagangan Islam (Malaysia) Terengganu (DPIMT) dan Dewan Perniagaan Melayu (Malaysia) Terengganu (DPMMT) menyokong penuh penubuhan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju).

Pengerusi DPIMT Datuk Dr Abdul Latiff Awang berkata idea penubuhan Teraju oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu adalah dianggap baik bagi memandu dan membimbing syarikat-syarikat Bumiputera untuk lebih cepat meningkat bagi memastikan lebih banyak lagi dapat disenaraikan di Bursa Saham Malaysia.

"Dulu ada juga (bimbingan) tetapi tidak terlalu terarah berbanding Teraju yang memberi fokus untuk membimbing syarikat-syarikat Bumiputera untuk lebih cepat meningkat maju dan ada galakan supaya kedudukan syarikat Bumiputera lebih teguh.

"Dari segi teknikal pula, ia dilihat memandu kita ke arah kejayaan di mana selama ini agak kurang menonjol dan DPIMT menyokong sangat penubuhan Teraju ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini Khamis.

Abdul Latiff berkata syarikat-syarikat Bumiputera yang tersenarai dalam bursa saham akan meneguhkan lagi kedudukan ekonomi orang Islam selain meningkatkan peluang pekerjaan kepada orang Islam

Sementara itu, Pengerusi DPMMT Datuk Ir Tengku Ismail Tengku Jaafar berkata penubuhan Teraju dapat memperkasakan lagi ekonomi Bumiputera.

Bagaimana pun, beliau berharap Teraju hendaklah diberikan kuasa yang lebih baik bagi memastikan keberkesanan penyampaiannya.

Katanya Teraju yang diketuai Husni Salleh sebagai Ketua Pegawai Eksekutif akan berfungsi meneraju, mengurus serta memacu penyertaan golongan Bumiputera dalam ekonomi melalui pelbagai inisiatif baru serta sedia ada.

"Tindakan kerajaan itu selaras dengan resolusi meja bulat perbincangan ekonomi Bumiputera sebelum ini yang mencadangkan supaya diwujudkan jawatankuasa penyelaras," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Ir Tengku Ismail berharap agar agenda ekonomi Bumiputera menjadi agenda ekonomi negara kerana ia melibatkan kepentingan nasional.

Katanya kesediaan kerajaan untuk bekerjasama dengan badan-badan berkepentingan termasuk dewan-dewan perniagaan amat dihargai oleh DPMMT.

"Barisan jawatankuasa DPMMT berikrar untuk memberi kerjasama penuh bagi menjayakan agenda memperkasakan ekonomi Bumiputera terutama di peringkat negeri melalui unit baru itu," katanya.

2 comments:

  1. Hello, Saya Puan Heather Putih, syarikat pinjaman pinjaman peribadi. Kami sedang dan pakar dalam memberikan yang akhir pinjaman tahun ini, pinjaman Krismas, tahun pinjaman baru untuk anda untuk membayar apa-apa pinjaman koperasi yang anda sedang berada di sekarang kita memberikan pinjaman peluang seumur hidup untuk anda untuk membayar bil-bil anda dan hutang peribadi dan memiliki perniagaan anda. pinjaman diberi kepada individu dan syarikat pada kadar faedah yang sangat rendah sebanyak 2%. Jadi hubungi kami hari ini melalui e-mel: (qualityloanfirms@asia.com)
    (heatherwhiteloanltd@gmail.com). Datang dan perbezaan pengalaman dalam perkhidmatan kami.

    ReplyDelete
  2. Ini adalah untuk memaklumkan kepada lelaki awam atau wanita yang sihat dan 100% serius
    untuk menderma buah pinggang mereka perlu segera menghubungi Dr.
    johnson, saya seorang Nefrologi di Hospital Besar ..
    Oleh kerana kami mempunyai banyak pesakit yang berada di sini untuk pemindahan buah pinggang, Adakah
    anda memohon peluang untuk menderma buah pinggang anda untuk wang kerana
    rehat kewangan ke bawah, hospital kami adalah khusus dalam Buah Pinggang Pembedahan / pemindahan
    dan rawatan organ lain, kami juga berurusan dengan membeli dan pemindahan buah pinggang
    dengan ruang tamu dan donor.we sihat menawarkan $ 400,000.00 USD untuk buah pinggang anda Jika
    anda berminat untuk menderma buah pinggang anda sila tidak teragak-agak untuk
    hubungi kami melalui E-mel; generalhospital121@gmail.com

    ReplyDelete