
Seramai 316 pelajar Terengganu yang sedang menuntut di beberapa buah universiti di Mesir dijadual tiba di sini dari Jeddah, Arab Saudi hari ini.
Ketua Penolong Bahagian Tajaan Pelajar Yayasan Terengganu (YT) Mohd Razali Mahmud berkata, kumpulan pelajar itu dibawa pulang dengan dua pener

Beliau berkata daripada jumlah itu, seramai 178 orang adalah pelajar tajaan YT yang dijangka tiba pukul 4 petang serta 8 malam.
"Sebelum ini melalui Ops Piramid, seramai 69 pelajar kita telah sampai ke tanah air sejak 8 Feb lepas dan dengan kepulangan kumpulan pelajar itu menjadikan jumlah keseluruhan pelajar YT yang dibawa pulang setakat ini ialah 247 orang," katanya kepada Bernama di sini.
Katanya, selain pelajar tajaan YT, penerbangan itu juga akan membawa pulang pelajar Terengganu di bawah tajaan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Penolong Kanan Setiausaha Maidam Ahmad Nordin Alias pula berkata penerbangan MAS pada Isnin membawa pulang seramai 58 pelajar tajaan Maidam.
Katanya, sebelum ini seramai 107 pelajar tajaan Maidam telah selamat tiba di tanah air menerusi Ops Piramid.
No comments:
Post a Comment