Pengarah Fama Wilayah Timur Ariffin Awang berkata, sepanjang tahun lalu, Fama me

"Setakat ini kita ada 3,813 peserta program Ladang Kontrak di negeri ini dengan keluasan tanah 605.38 hektar, kebanyakannya tertumpu di daerah Hulu Terengganu, Setiu dan Marang.
"Sehubungan itu Fama sangat mengalu-alukan penyertaan petani individu, persatuan, agensi atau dari jabatan-jabatan dalam program Ladang Kontrak," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.
Beliau sebelum itu menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Jual Beli Ladang Kontrak MOA Inc dengan 11 kawasan penanaman baru yang melibatkan 3,180 peserta baru di sini.
Fama diwakili Pengarah Negeri Terengganu Hasan Jusoh.
Menerusi perjanjian itu, Fama antara lain menjamin pasaran melalui belian terus hasil yang dikeluarkan petani berasaskan terma dipersetujui secara bersama.
Fama juga akan bertindak mengatur pasaran selain bertindak sebagai fasilitator kepada jabatan yang membimbing peserta yang berurus terus dengan Fama.
"Setakat ini, penekanan diberikan kepada 13 jenis produk buah-buahan dan 17 jenis sayur-sayuran di bawah program ladang kontrak ini.
"Objektif utama program ini ialah meningkatkan pendapatan petani dan mempertingkatkan pengeluaran buah-buahan dan sayuran melalui perancangan pengeluaran dan pemasaran yang lebih sistematik," katanya.
No comments:
Post a Comment