Thursday, February 3, 2011

JPJ Ronda 24 Jam Laluan Sakaratulmaut Di Terengganu

Jabatan Pengangkutan Jalan Terengganu (JPJ) akan melaksanakan rondaan 24 jam setiap hari sepanjang perayaan Tahun Baru Cina dengan tumpuan di laluan paling kerap berlaku kemalangan.

Pengarahnya Abdul Rahman Emang Anyie berkata tiga jalan utama yang dikenal pasti jalan sakaratulmaut ialah laluan Jerangau-Jabor-Kuala Terengganu-Marang-Dungun, Chukai-Paka-Marang dan Jerteh(Besut)-Kuala Terengganu.

"Operasi Tahun Baru Cina 2011 JPJ Terengganu yang melibatkan 109 anggota dan pegawai akan diadakan selama sebulan bermula 21 Jan lalu hingga 20 Feb ini," katanya kepada pemberita pada majlis JPJ Bersama Media, di Kuala Terengganu, kelmarin.

Menurutnya selain itu, kaedah penguatkuasaan juga dipelbagaikan termasuk penguatkuasaan di terminal bas dan penguatkuasaan secara penyamaran di dalam bas ekspres.

Katanya sebanyak 69 bas diperiksa di depoh syarikat bas di Terengganu.

Selain itu beberapa kesalahan dikesan sepanjang taktik penyamaran yang dimulakan dari 7 Jan hingga 26 Januari lalu termasuk ada kes pemandu bas ekspres yang tiada lesen memandu, katanya.

No comments:

Post a Comment