Menteri Kesihatan, Dato' Seri Liow Tiong Lai bersama Dato' Ahmad Shabery Cheek dan Dato' Seri Ahmad Said ketika melakukan lawatan ke Hospital Kemaman hari ini.
"Ia akan diteruskan setelah keadaan politik di negara itu benar-benar pulih dan sebagai alternatif kita akan mendapatkan khidmat doktor pakar dari India dan Sri Lanka.
"Perbincangan telahpun diadakan dengan kedua-dua kerajaan dan mereka bersetuju untuk membekalkan kita dengan doktor pakar terbaik dari negara mereka untuk berkhidmat di negara ini," katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Daerah Kemaman hari ini.
Lawatan itu turut disertai Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek merangkap Anggota Parlimen Kemaman.
Beliau berkata perbincangan antara dua negara terlibat ialah untuk memastikan doktor yang datang berkhidmat di negara ini benar-benar pakar dalam bidang mereka dan berkelayakan.
Mereka yang terpilih katanya, akan berkhidmat secara kontrak selama dua tahun bermula Mac ini dan dalam masa yang sama mereka juga tidak akan hilang kekananan di negara asal.
Liow bekata sebelum ini kementerian mengiklankan kekosongan jawatan doktor pakar di negara ini ke luar negara menyebabkan kadangkala doktor yang dipilih tidak memenuhi kriteria yang dikehendaki kementerian.
Kerajaan terpaksa menangguhkan sementara pengambilan doktor pakar asing dari Mesir berikutan pergolakan dan keadaan politik yang tidak menentu di negara itu ketika ini.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata walaupun sebelum ini kementerian telah mencapai persetujuan dengan kerajaan Mesir untuk mendapatkan khidmat 58 doktor pakar dari negara itu, ia tidak dapat dilaksanakan buat sementara waktu.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata walaupun sebelum ini kementerian telah mencapai persetujuan dengan kerajaan Mesir untuk mendapatkan khidmat 58 doktor pakar dari negara itu, ia tidak dapat dilaksanakan buat sementara waktu.
"Ia akan diteruskan setelah keadaan politik di negara itu benar-benar pulih dan sebagai alternatif kita akan mendapatkan khidmat doktor pakar dari India dan Sri Lanka.
"Perbincangan telahpun diadakan dengan kedua-dua kerajaan dan mereka bersetuju untuk membekalkan kita dengan doktor pakar terbaik dari negara mereka untuk berkhidmat di negara ini," katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Daerah Kemaman hari ini.
Lawatan itu turut disertai Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek merangkap Anggota Parlimen Kemaman.
Beliau berkata perbincangan antara dua negara terlibat ialah untuk memastikan doktor yang datang berkhidmat di negara ini benar-benar pakar dalam bidang mereka dan berkelayakan.
Mereka yang terpilih katanya, akan berkhidmat secara kontrak selama dua tahun bermula Mac ini dan dalam masa yang sama mereka juga tidak akan hilang kekananan di negara asal.
Liow bekata sebelum ini kementerian mengiklankan kekosongan jawatan doktor pakar di negara ini ke luar negara menyebabkan kadangkala doktor yang dipilih tidak memenuhi kriteria yang dikehendaki kementerian.
No comments:
Post a Comment