Thursday, February 17, 2011

Lebih 50 Peninju Dijangka Sertai Kejohanan Tinju Terbuka Terengganu

Lebih 50 peserta dijangka mengambil bahagian dalam kejohanan Tinju Terbuka Terengganu bawah 23 tahun anjuran Persatuan Tinju Amatur Terengganu (PTAT), pertengahan April ini.

Setiausaha PTAT Razali Mamat berkata kejohanan selama lima hari itu akan diadakan di pusat tinju negeri Terengganu, Kampung Raja Jertih, Besut.

"Ini merupakan aktiviti tahunan PTAT dan surat jemputan akan diedarkan kepada pasukan-pasukan terbabit dalam masa terdekat ini," katanya kelamrin.

Beliau berkata sembilan kategori akan dipertandingkan iaitu 46kg, 47kg, 52kg, 54kg, 57kg, 60kg, 65kg, 69kg dan 71kg.

Selain pingat, kejohanan yang dianjurkan dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Terengganu itu turut menawarkan hadiah berupa wang tunai, katanya

No comments:

Post a Comment