Permohonan untuk mendapatkan lot perniagaan di Terminal Agribisnes Negara (Teman) di Tunjong, Kota Baharu, Kelantan, masih boleh berbuat demikian.
Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Wilayah Timur Ariffin Awang berkata tarikh tutup permohonan untuk mengisi 223 lot perniagaan itu adalah pada 7 Mac ini.
"Peluang untuk pemborong produk peruncitan, daging dan ayam, ikan, perusahaan kecil dan sederhana, sayur dan buah-buahan masih ada. Bagaimana pun, mereka perlu melalui proses temuduga terlebih dahulu selepas tarikh tutup permohonan berakhir.
"Borang boleh didapati di pejabat Fama negeri Kelantan atau menerusi laman web http://www.fama.gov.my," katanya pada sidang media selepas majlis Menandatangani Perjanjian Jual Beli Ladang Kontrak MOA Inc di Kuala Terengganu, hari ini.
Yang turut hadir Pengarah Fama Terengganu Hasan Jusoh.
Ariffin berkata Teman atau sebelum ini dikenali dengan nama Terminal Makanan Negara dijangka beroperasi pada Jun ini.
Teman yang membabitkan kos lebih RM200 juta itu merupakan organisasi milik penuh Fama yang memainkan peranan sebagai pusat pembekalan makanan moden yang menghubungkan pengeluaran dengan penggunaan.
Pembinaan Teman di Kelantan untuk zon Pantai Timur adalah yang kedua di negara ini selepas Perak (Zon Utara) dan termasuk dalam projek Rancangan Malaysia Ke-sembilan (RMK9).
Selain dua negeri itu, kerajaan juga merancang membangunkan Teman di kawasan terpilih lain termasuk di Sarawak dan Sabah.
Hello, Saya Puan Heather Putih, syarikat pinjaman pinjaman peribadi. Kami sedang dan pakar dalam memberikan yang akhir pinjaman tahun ini, pinjaman Krismas, tahun pinjaman baru untuk anda untuk membayar apa-apa pinjaman koperasi yang anda sedang berada di sekarang kita memberikan pinjaman peluang seumur hidup untuk anda untuk membayar bil-bil anda dan hutang peribadi dan memiliki perniagaan anda. pinjaman diberi kepada individu dan syarikat pada kadar faedah yang sangat rendah sebanyak 2%. Jadi hubungi kami hari ini melalui e-mel: (qualityloanfirms@asia.com)
ReplyDelete(heatherwhiteloanltd@gmail.com). Datang dan perbezaan pengalaman dalam perkhidmatan kami.