Thursday, February 3, 2011

MB Ucap Tahniah Kepada Polis Terengganu

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said menyampaikan ucapan tahniah kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Terengganu atas kejayaan mengurangkan kadar jenayah di negeri ini sebagaimana digariskan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).
Menurutnya, penurunan tersebut boleh dilihat melalui penurunan kes jenayah kepada 4,037 pada 2010 berbanding tahun sebelumnya iaitu sebanyak 5,319, selain 2,242 kes atau 55.5 peratus kes yang dapat diselesaikan.

“Penurunan sebanyak 1,282 kes ini bersamaan dengan 24.10 peratus dan mencapai kadar yang ditetapkan NKRA iaitu 20 peratus,” katanya.

Beliau berkata, bagi jenayah narkotik, Ibu Pejabat Polis (IPK) Terengganu telah mengendalikan 9,456 kes dengan melibatkan tangkapan seramai 9,467 orang, selain peningkatan kes di bawah Seksyen 39(b) Akta Dadah Berbahaya dengan 256 kes, membabitkan tangka-pan seramai 357 orang.

“Secara keseluruhannya, kita masih menikmati keadaan persekitaran selamat dan aman. Usaha yang berterusan mesti sentiasa diteruskan bukan sahaja pihak PDRM tetapi juga oleh seluruh lapisan masyarakat yang inginkan persekitaran tenteram, aman dan selamat,” katanya.

No comments:

Post a Comment