Thursday, February 3, 2011

Kerajaan Terengganu Arah JPS Jalankan Kajian Atasi Hakisan Pantai

Laporan Teganuku pada Februari 2010 yang memetik sumber sebuah akhbar harian mengenai hakiksan di Pantai Tok Jembal.

Kerajaan Negeri Terengganu telah mengarahkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menjalankan kajian bagi mencari pendekatan atau sistem bersesuaian untuk mengatasi masalah hakisan yang berlaku di beberapa kawasan pantai.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata kajian itu penting kerana hakisan yang berlaku terutama di sepanjang pantai Kampung Tok Jembal dan Pantai Teluk Lipat di daerah Dungun adalah agak serius.

"Kita mahu JPS buat kajian mendalam bagi mengatasi masalah yang berlaku. Masalah ini sering terjadi terutama pada musim tengkujuh apabila laluan ombak terhalang oleh benteng pemecah ombak di kawasan projek pembangunan.

"Bila kita halang laluan ombak seperti membina pelabuhan di Cendering, hakisan akan berlaku di kawasan sekitar seperti Rhu Rendang, begitu juga apabila kita buat pelabuhan di Kemaman, hakisan berlaku pula di kawasan Pupuk Semangat dan ia tidak berkesudahan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa mengadakan lawatan ke Kampung Cina di sini sempena sambutan Tahun Baru Cina mlam kelmarin.

Turut mengiringi beliau Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri Toh Chin Yaw dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu Datuk Adzlan Mohd Dagang.

No comments:

Post a Comment