Thursday, February 3, 2011

Misi Selamat Pelajar - Layari http://mesir.terengganu.gov.my

Empat pelajar yang tiba dengan Gulf Air pagi ini.

Bagi ibubapa dan masyarakat awam yang ingin mengetahui mutakhir usaha kerajaan negeri Terengganu dalam Misi Membawa Pulang Pelajar Terengganu boleh mengetahuinya melalui laman rasmi kerajaan Terengganu,
http://mesir.terengganu.gov.my./

Selain itu, pelayar juga boleh mendapatkan maklumat di blog http://misipulang.blogspot.com/.

Laman yang dibangunkan sejak kelmarin itu hari ini melaporkan empat pelajar Terengganu dari Kaherah selamat sampai di Lapangan Terbang Antarabangs (KLIA) Sepang pagi ini.


Mereka tiba dilapangan terbang KLIA dari Khaherah, Mesir dengan menaiki penerbangan syarikat Gulf Air.

Mereka adalah pelajar tajaan Yayasan Terengganu, Maidam dan Jabatan Perkhidmatan Awam.

Laman misipulang turut melaporkanLaman Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said sudah mengarahkan pentadbiran negeri membuka seketeriat di Jeddah bagi memantau misi membawa pulang pelajar Terengganu.


Setiausaha Kerajaan Terengganu Datuk Mazlan Ngah telah mewujudkan Seketeriat Terengganu di Jeddah yang di anggotai oleh Pegawai Tadbir Negeri, Pegawai Yayasan Terengganu dan Pegawai Majlis Agama Dan Adat Terengganu (MAIDAM).

Pentadbiran Negeri diwakili oleh Ustaz Haji Lukema Meri Saleh, Yayasan Terengganu diwakili oleh Ustaz Ahmad Kamal bin Abdullah dan MAIDAM diwakili oleh Ustaz Yaacob bin Abdullah. Beliau seterusnya berkata pegawai bekenaan akan bertugas secara bergilir-gilir mengikut tempoh yang akan ditetapkan.

Ketiga-tiga pegawai ini telah berlepas dari Kuala Terengganu Ke KLIA jam 10.00 pagi hari ini (3Febuari 2011) dan meneruskan penerbangan ke Jeddah jam 3.00 petang hari yang sama menggunakan Saudi Arabian airalines 3811 dan dijangka akan tiba diJeddah jam 16.40 petang waktu Arab Saudi.

Mazlan seterusnya berkata Seketeriat Negeri juga telah ditubuhkan yang diketuai oleh Datuk Haji Wan Ahamad bin Wan Muda Tmbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) dan Razali Mahmud Ketua Penolong Pengarah Yayasan Terengganu (Tajaan) dilantik sebagai setiausaha. Pejabat Seketeriat negeri telah dibuka di Pejabat Yayasan Terengganu.

Mazlan seterusnya berkata kerajaan juga telah menyediakan laman web bagi kerajaan mengeluarkan maklumat mengenai perkembangan misi membawa pulang pelajar Terengganu yang akan menjadi kemudahan kepada orang ramai mengtahui perkembangan misi berkenaan.

Menurut Mazlan lagi, alamat laman web resmi berkenaan ialah mesir.terengganu.gov.my.

No comments:

Post a Comment