Thursday, February 10, 2011

Penyampaian E-Book - Rosol Ucap Terima Kasih Kepada MB

Entah apa yang yang diperkatakan Ahmad Said kepada Rosol sehingga mereka ketawa besar ketika majlis penyerahan e-Book di SM Bukit Diman, Hulu Terengganu. - Gambar oleh ZULKIPLI PUTRA.

Ahli Dewan Undangan Negeri Ajil, Datuk Rosol Wahid menyatakan terima kasih kepada Menteri Besar Terengganu kerana hadir ke DUN berkenaan untuk menyampaikan e-Book kepada pelajar.

Ini adalah kali kedua mereka bersama-sama menghadiri majlis penyampaian e-Book sambil meminta ibu bapa menghargai pendekatan Datuk Seri Ahmad Said itu.

“Terima kasihlah kepada Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said kerana ini kali kedua beliau hadir ke Ajil untuk mengagihkan e-Book kepada anak-anak kita semua,” katanya.

Beliau menyatakan demikian merujuk pengagihan 602 unit e-Book kepada pelajar Tahun Lima di 16 sekolah rendah seluruh Ajil, di Dewan Sekolah Menengah Bukit Diman, Hulu Terengganu, kelmarin (7 Februari).

Beliau mengingatkan ibu bapa dan pelajar lebih menghargai sumbangan yang disampaikan kerajaan negeri dan menggunakan bantuan itu dengan sebaik mungkin demi meningkatkan taraf hidup.

Beliau berkata Ahmad Said sentiasa mencari insiatif bagi mengubah taraf hidup rakyat ke arah lebih baik termasuk pemberian e-Book secara percuma sejak dua tahun lalu.

“Kerajaan negeri membelanjakan lebih RM600,000 untuk menyediakan e-Book untuk pelajar Tahun Lima tahun ini bagi Dun Ajil dan ini semua tidak perlu dibayar tetapi percuma. Kerana itu, gunakanlah apa yang diberikan secara percuma ini dengan sebaik mungkin demi faedah bersama,” katanya.

No comments:

Post a Comment