Projek agropolitan berimpak tinggi itu dijangka mampu
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Asas Tani, Ashaari Idris, berkata ternakan kambing ini dijangka mampu mengeluarkan golongan PPRT daripada kelompok kemiskinan kerana memperoleh pendapatan antara RM800 hingga RM1000 setiap peserta.
Katanya, projek yang bakal dilengkapi kandang kambing dan rumah perserta kini dalam proses membina tapak dan dijangka dapat memberi manfaat kepada peserta awal tahun depan.
“Konsep yang bakal dijalankan cukup unik di mana setiap peserta yang dipilih mengikut program ini bakal diberi rumah.
“Sekiranya mereka berjaya mengikut syarat dikehendaki kerajaan negeri iaitu berdisplin dan menjaga kambing
Hadir sama, Pengarah Unit Pembagunan Ekonomi Negeri Terengganu, Datuk Mat Razali Kassim, Pegawai Daerah Setiu, Encik Hishamudin dan beberapa pegawai kanan kerajaan.
Menurut Ashaari, matlamat utama projek ini adalah untuk menyeimbangkan antara pembangunan desa dan bandar, meningkatkan pendapatan serta kesejahteraan masyarakat luar bandar.
Teganukita
No comments:
Post a Comment