Thursday, February 10, 2011
Rosol Bidas Sebilangan Penduduk Ajil Tidak Hargai Kemudahan
Ahli Dewan UNdangan Negeri Kawasan Ajil, Datuk Rosol Wahid membidas sikap segelintir penduduk khususnya di kawasan Ajil yang tidak tahu menghargai bantuan dan subsidi yang diberikan kerajaan ketika 1990-an dulu.
Menurutnya, ada segelintir daripada mereka ketika itu menerima subsidi tandas dan tidak mengggunakan bantuan itu dengan betul apabila bertindak membiarkannya di merata tempat sehingga berkulat.
“Apabila kerajaan buat pemeriksaan ke rumah penerima tandas berkenaan dan mengatakan untuk menarik balik subsdi itu kerana mereka tidak mahu (tandas), barulah mereka cepat-cepat menggunakan apa yang diberikan oleh kerajaan secara percuma itu.
“Sedangkan bantuan yang disediakan kerajaan itu sebagai langkah mengubah cara hidup mereka ke arah lebih positif dan sihat termasuk tidak lagi membuang air besar di merata-rata tempat. Bagaimanapun kini kehidupan mereka sudah mula berubah, ” katanya.
Beliau menyatakan pada majlis penyampaian e-Book kepada pelajar Tahun Lima di 16 sekolah rendah seluruh Ajil, di Dewan Sekolah Menengah Bukit Diman, Hulu Terengganu, kelmarin (7 Februari). Penyampaian disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.
Rosol berkata, jika dihitung bantuan dan sumbangan kerajaan kepada rakyat memang terlalu banyak kerana kerajaan menyediakan keperluan yang sepatutnya demi kepentingan dan kebajikan rakyat sejak dari dalam kandungan sehinggalah meninggal dunia.
Katanya, bukan hanya e-Book, buku teks secara percuma, pakaian sekolah percuma, yuran peperiksaan percuma, malah kerajaan turut menyediakan rumah percuma menerusi Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), selain peruntukan membaiki rumah PPRT serta bantuan lain dari masa ke semasa.
Sebagai tanda membalas jasa dan sokongan terhadap kerajaan, rakyat hanya perlu memilih kerajaan Barisan Nasional yang sudah banyak melakukan pembaharuan dan pembangunan demi kepentingan rakyat itu pada setiap kali pilihan raya.
No comments:
Post a Comment