Tangisan hiba seorang ibu pada sesi sebutan semula kes membabitkan seorang pemuda yang terlibat dalam jenayah di Mahkamah Sesyen di sini semalam gagal melembutkan hati hakim mahkamah itu untuk menawarkan jaminan kepada anak wanita terbabit.
Ini kerana Hakim Zainal Abidin Kamarudin menyifatkan tuduhan jenayah terhadap Wan Hafiz Wan Omar, 21, yang didakwa menculik, merogol dan meliwat adalah jenayah berat.
“Saya faham puan mahu jamin tertuduh ini (Wan Hafiz) tetapi jika boleh jamin sekali pun bayarannya amat tinggi.
“Namun untuk hari ini, tiada jaminan ditawarkan. Kes tertuduh ini amat berat kerana dia dikenakan tiga pertuduhan,” kata Zainal Abidin ketika memanggil wanita itu pada sesi sebutan semula kes membabitkan anaknya di sini semalam.
Selain itu, Zainal Abidin turut menasihatkan wanita itu supaya melantik peguam untuk membantu anaknya yang dituduh atas tuduhan menculik, merogol dan meliwat.

Kosmo
No comments:
Post a Comment