Kerajaan Terengganu akan mengambil tindakan terhadap mana-mana guru yang tidak membenarkan pelajarnya membawa e-Book ke sekolah.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata tidak ada alasan bagi guru untuk tidak membenarkan pelajarnya membawa buku elektronik itu kerana ia menyediakan kemudahan seperti yang terdapat di dalam buku teks.
"Kita akan ambil tindakan tegas jika menerima laporan ada guru-guru berbuat demikian. Ini penting untuk menjadikan sistem pendidikan kita terbaik di negara ini," katanya.
Beliau menyatakan demikian selepas menyerahkan e-Book kepada para pelajar enam buah sekolah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Manir, dekat Kuala Terengganu, semalam.
Ahmad mengulas mengenai desas-desus segelintir guru tidak membenarkan pelajarnya membawa e-Book ke sekolah kerana dikhuatiri mengganggu pelajaran.
Tiada laporan kejadian seumpamanya diterima setakat ini, katanya.
Ahmad berkata kerajaan Terengganu akan mengagihkan komputer riba kepada 3,500 guru yang mengajar Tahun Enam pada pertengahan tahun ini.
No comments:
Post a Comment