Tuesday, March 29, 2011

Ahmad Said - Rakyat Malaysia Patut Bangga Dengan Pencapaian GTP


Rakyat Malaysia sepatutnya berbangga dengan pencapaian transformasi dalam pelbagai bidang yang dilaksanakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mererusi Program Transformasi Kerajaan (GTP), kata Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.

Beliau berkata, pencapaian yang membanggakan itu menggambarkan bahawa hala tuju yang dirancang oleh Perdana Menteri sudah menampakkan sokongan, bukan sahaja daripada sekelompok rakyat, tetapi seluruh negara.

"Mudah-mudahan transformasi yang lebih hebat lagi dalam diusahakan dalam masa terdekat ini untuk menuju negara maju pada tahun 2020," katanya selepas menyampaikan e-Book sekolah-sekolah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Berangan, di Marang, petang semalam.

Seramai 916 pelajar tahun lima dari 14 sekolah dalam kawasan DUN itu menerima e-Book masing-masing pada majlis yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Kubu di sini.

Ahmad Said berkata demikian ketika diminta mengulas laporan tahunan GTP dalam enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diumumkan Perdana Menteri kelmarin.

Enam NKRA itu ialah mengurangkan kadar jenayah negara, memerangi rasuah, memperbaiki pencapaian pelajar, memperbaiki taraf kehidupan isi rumah, memperkasa prasarana asas luar bandar dan memperbaiki pengangkutan awam bandar.

No comments:

Post a Comment