Rakyat yang mampu mendapatkan akses maklumat, memahami, menilainya secara kritikal dan memanfaatkannya, merupakan asas bagi masyarakat yang berpengetahuan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
Sebuah buku bukan hanya satu instrumen ingatan dan imaginasi, tetapi kemampuan untuk mendapatkan akses mengenai perkara yang tertulis boleh melahirkan "satu kemungkinan bagi merubah dunia, meningkatkan kehidupan orang ramai, dengan mengambil keputusan yang melibatkan kita sebagai warganegara," katanya.
Beliau berkata demikian semasa melancarkan sebuah buku bertajuk "From Alma Baker Mansion to Ombak: Relocation and Restoration of a Colonial Style Malayan House" yang ditulis oleh Ahmad Hisham Kamaruddin di banglo gaya kolonial jurukur New Zealand Charles Alma Baker yang dibina pada 1894 di Batu Gajah, Perak yang dibelinya pada 2004 dan memindahkannya ke Terengganu.
Buku itu diterbitkan oleh Lembaga Warisan Negara.
"Setengah orang mendakwa bahawa televisyen dan radio dan teknologi digital lebih berpengaruh daripada buku. Memang benar ia mempunyai audiens yang besar daripada yang lain dan tidak membebankan tapi ada ramai orang lain termasuk saya, yang masih percaya bahawa buku tidak dapat digantikan," kata Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran.
"Semua orang tahu betapa bergunanya buku. Ia meringkaskan fakta dan idea yang sudahpun diketahui. Ia berhubung fakta baru dan mengembangkan idea baru. Ia membantu dalam pengajaran. Ia membolehkan cendekiawan melibatkan diri dalam dialog. Ia memberitahu kita cara untuk melakukan sesuatu. Ia memberi inspirasi, ia menghiburkan," katanya.
"Sepanjang tempoh sejarah dan begitu juga dengan masa depan merupakan bahan mentah bagi sebuah buku bercetak," katanya.
Mengenai buku itu, Muhyiddin berkata ia merupakan peristiwa penting dalam menerbitkan warisan seni bina negara dan merupakan sebuah buku yang penting dari beberapa segi pandangan.
Katanya buku itu juga penting sebagai satu rekod mengenai jenis tertentu struktur bangunan dalam sejarah seni bina Malaysia, berdasarkan model beberapa variasi banglo India-Inggeris.
Sementara itu, Pesuruhjaya Warisan, Jabatan Warisan Negara Prof Emeritus Datuk Zuraina Majid berkata jabatan itu akan meneroka kemungkinan mengemukakan rumah itu untuk pertimbangan bagi anugerah Aga Khan bagi seni bina.
Anugerah berprestij itu diwujudkan pada 1977 yang antara lain bertujuan mengenal pasti dan menganugerahkan konsep seni bina yang berjaya menangani keperluan dalam bidang reka bentuk kontemporari, penambahbaikan, pemuliharaan, penggunaan semula dan kawasan pemuliharaan dan begitu juga dengan reka bentuk landskap dan menambah baik persekitaran.
"Kami amat gembira bahawa rakyat Malaysia seperti Ahmad Hisham mengambil usaha memulihara warisan. Warisan adalah urusan semua orang (dan) bukan sahaja urusan jabatan itu sahaja," katanya.
No comments:
Post a Comment