Monday, March 28, 2011

Dua Beradik 'Khayal' Gagal Larikan Diri

Dua beradik yang khayal menghisap dadah di rumah mereka di Kampung Gong Pok Jin, di sini, terkedu apabila rumah mereka diserbu polis jam 4 pagi semalam.

Walaupun sedang khayal, kedua-dua suspek sempat melarikan diri dengan si adik berusia 20-an bertindak menyorok di atas siling rumah, manakala abangnya berusia 40-an menyorok di bawah rumah kerana bimbang dicekup polis.

Keberanian remaja perempuan itu menyembunyikan diri di atas siling rumah menyebabkan beberapa anggota polis dan ibu bapa suspek terpaksa memujuknya dan berlaku pergelutan sebelum berjaya ditangkap.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati, kedua beradik berkenaan didapati positif ganja, malah si abang disahkan positif HIV.

Ketua Balai Polis Gong Badak, Inspektor Afizal Awang Amin, ketika dihubungi Berita Harian semalam, mengesahkan kejadian berkenaan dan berkata kedua-dua mereka ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Siasatan mendapati, suspek perempuan sebelum ini pernah dibuang daerah pada 2005 atas kesalahan dadah dan mempunyai beberapa rekod membabitkan penyalahgunaan dadah, manakala abangnya pernah terbabit dalam lima kes pecah rumah di kawasan berkenaan termasuk sebuah rumah milik jiran.

Dalam kes berasingan, Afizal berkata, polis menahan dua penagih tegar dalam serbuan di sebuah wakaf di kampung berkenaan. Suspek berumur 28 dan 30 tahun berasal dari Kampung Batin, Sebarang Takir didapati positif ganja dan kini ditahan reman di lokap IPD Kuala Terengganu.

No comments:

Post a Comment